Sunday, February 28, 2010

Minum Potang..

Bilo cuti ni kan..poghut asyik kebulur yo. Lopeh makan nasik tghari pun boleh lapar lagi..mulut tu sentiaso nak mengunyah yo..ishh macammano lah tak gomok. Hari tu maso timbang kek hospital ..toinggggg....alamakkkk berat ku naik lagi...aduhhh..aaaaaaaa..nak nangih dibuek eh..ghaso macam nak buek senaman dan lopeh tu boleh turun 3 ko 4 kilo ...boleh ko cam tu? he..he..he..bilo time makan tak ingat..bilo dah gomok baru lah gelabah..patutlah baju banyak yang dah kotat. Pipi pun dah labuh..kalau budak kocik, comel lah jugak..ini dah tuo bangko ni, buruk bonar...
Balik pado ceghito minum potang, kali ni Sopit buek cekodok bilih, ramuan macam biaso, topung, bawang merah, lado api dan ikan bilih, cumo Sopit tambah sikit sos spagetti peraso cendawan, bubuh lah dalam 2 sudu teh, bancuh semuo tu dgn air. Goreng dan hidangkan dgn pencicah kegomaran tak kigho lah kuah gulai ataupun sos. Uiiihhhhh..sodap ghupo eh cekodok campur sos spagetti ni. Cubo lah..sodap, yang pasti tak poninglah makan eh tu..he...he..he...



Friday, February 26, 2010

Halal? Haram? Was was?

Hari tu ado keluar kenyataan yg menyatokan ado kopitiam yang menggunokan arak dalam hidangan mereka, tapi tidak pulak didodahkan kopitiam mano. Dah lah sekarang ni bersepah kopitiam yang tumbuh macam cendawan, siap bubuh namo yang unik dan boleh menarik perhatian pengunjung.Sepatut eh pihak akhbar ni memainkan peranan untuk mengingatkan dan mewujudkan kewaspadaan kepado pengguno dengan lobih efektif bukan secaro umum macam itu.Kenapo tak nak diumumkan namo kopitiam tu? takut kono saman ko? tapi kalau dah boto, mestilah berani..yo tak?

Ado gak kopitiam yang menggunokan halal dari agensi lain, yang kito tak tau samo ado caro diorng ni menilai tahap kehalalan tu mengikut spesifikasi pihak JAKIM atau tidak.Dah lah macam ramai boto org islam yg turut samo menjamu selegho di tompek tu.
Suratkhabar ari ni pulak ado menyatokan yang sijil dan logo halal akan diseragamkan untuk memudahkan pihak pengguno. Ini satu cadangan dan tindakan yang bagus.Sepatutnya dari dulu lagi dah dibuek. Kenapo hal-hal kepentingan islam sebegini terlalu payah untuk diutamokan.Tapi, apokah ado jaminan yang sijil dan logo ini tidak akan dipalsukan sewenang-wenang nya. Maklumlah zaman sekarang ni tidak ado yang mustahil, sodangkan MYKad yang dibuat dengan menggunokan teknologi tinggi tu pun dapek di klon kan oleh pelbagai pihak. Susah nak membezokan antaro yang asli dan palsu jika sijil dan logo halal ini diklonkan nanti.

Sopit cumo berharap pihak JAKIM dapek melaksanakan satu mekanisme yang dapek mengurangkan kadar penipuan ini.

Tapi, walaumacammano pun, yang ponting adolah diri kito sendiri. Kalau kito sentiaso berwaspado dan sedikit memilih, pasti kito akan terhindar dari penipuan ini. Mungkin selamo ini kito dah terbiaso poei kek tompek-tompek yang agak kurang jaminan kehalalannya cumo kito berpandukan kepado kadar keramaian pengunjung islam di situ sajo, jadi selopeh ini kito berpandukan lobih kepada sijil dan logo halal dari pihak JAKIM pulak.Memang payah nak berubahkan tapi domi kesejahteraan hidup,segalo nya perlu.

Cumo, boleh ko? Sobab ini bukan tertakluk pado kopitiam semato, banyak lagi tompek yang dah menjadi darah daging kito selamo ini. Kodai mamak, muslim chinese food, malah kodai org melayu pun bolum tontu kehalalannya, dan jugak hotel-hotel, kodai makan biaso, kodai makan tak biaso, restoran tomyam, makanan ringan, asam, keropok, jeruk, minuman dalam tin, vitamin-vitamin terutamo yang menggunakan kapsul gel..ishh banyak kalau nak disenaraikan ni..

Kesimpulannya..terserahlah kek diri sendiri.

Thursday, February 18, 2010

Kenyataan balas ...isu lambakan pendatang asing

UTUSAN Malaysia: Benarkah berlaku lambakan warga asing yang luar biasa di negara ini?
ABDUL RAHMAN: Sebenarnya bukan begitu. Mereka ini tiba di negara ini kerana keperluan industri yang mahukan mereka seperti sektor perkilangan yang mahukan pekerja atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang mahukan pelajar termasuk pelancong.
UTUSAN Malaysia: Adakah mereka ini pekerja asing tanpa izin (PATI) atau pekerja yang sah?
ABDUL RAHMAN: Mereka ini adalah pekerja yang mempunyai pas sehingga disahkan sebaliknya. Saya jangkakan hanya 10 peratus daripada mereka tinggal melebihi masa. Ini kerana bukan senang mereka nak datang ke negara ini seperti warga Nepal dan India. Mereka perlu naik dua atau tiga kapal terbang. Selain itu mereka perlu melalui penguatkuasaan yang ketat di pintu-pintu masuk, lainlah kalau warga Indonesia, mereka boleh menyelinap masuk di 'jalan-jalan tikus'. ... Utusan Malaysia Online 18/02/2010


Itu adalah petikan temuramah antara pihak UM dengan Ketua Pengarah Imigresen (KPI) Datuk Abdul Rahman Othman.

Kan boto Sopit tulih semalam..pasti ado yang akan menopih..

Patutlah mentori buek tak tau yo pasal hal ni, KPI sendiri dah nafikan ..KPI pandang remeh hal ni. Berdasarkan jawapan dio tu, dio cumo menjangkakan..main-agak-agak yo..10% tu dari berapo? Baik boto hati dio, simpati boto deh dgn warga asing ni.

Memanglah warga asing yang datang tu untuk keperluaan industri tapi adokah pasti yang diorang tu boto-boto kojo ditompek yang sepatutnya. Sopit tertanyo-tanyo gak, bilo sesuatu projek pembinaan tu siap 100%, kemano poei pekojo asing tadi..lopeh tu dizaman ekonomi yg agak lombap ni, ado beberapo kilang yang ditutup, tak kiro lah kilang kocik atau kilang bosar..kemano poei pekojo-pekojo asing diorng tu? Pihak imigresen ni tau ko?

Kek luar sanun tu, selalu kito nampak, warga asing ni duk menjual jam tangan, tali pinggang, spek mato dan berbagai lagi..termasuklah di kampung-kampung pasti ado orang yang datang menjajo barang..itu bolum lagi yang mencetak wang palsu, passport palsu, Mykad palsu, melakukan jenayah , buek maksiat . Gerai-gerai makan pulak, susah boto nak cari gerai makan yg memang orang melayu 100%. Di pasar-pasar, kedai-kedai runcit, restoran-restoran besar, di kaki limo, di tandas-tandas awam, pekojo-pekojo am, kilang-kilang dan issshhh...kalau senaraikan, memang panjang.

Bagaimana pulak nasib pekojo-pekojo kilang yang dibuang atas alasan ekonomi gawat tapi tompek diorang digantikan dengan warga asing?

Bagaimano pulak nasib anak-anak gadis kito yang termakan pujuk rayu warga asing ini untuk lari meninggalkan semuo yang ado dibumi bertuah ini?

Bagaimano pulak nasib mangso-mangso jenayah yang dilakukan oleh wargo asing ini?

Tidakkah dapek pihak imigresen memikirkan keperluaan mereka ini, selain dari keperluan pihak industri, pihak IPT?

Apakah keperluan mereka ini tidak seponting pihak industri dan pihak IPT?

Jadi, bolehkah kito melotakkan pihak imigresen sebagai orang yang bertanggungjawab?

Wednesday, February 17, 2010

Lambakan Warga Asing..

PUTRAJAYA 16 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa. ..Utusan Malaysia Online (17/02/2010)

Mentori kito ni baru tau ko, kek negaro ni ado ghamai pendatang asing? Sodih boto lah. Setolah bertahun-tahun rakyat duk komplen kek suratkhabar, kek forum-forum tak kiro lah melalui surat ataupun SMS berkonaan limpahan warga asing ini, mentori kito baru sodar ghupo eh..aduhaiii..Itulah, janganlah terlalu bergantung pado laporan ateh kertas yo, poei lah jongok mano-mano yang patut. Bilo sesekali keluar baghu terbeliak bijik mato tu melihat sekeliling yang ponoh dgn warga asing. Itu baghu kek KL, bolum laei kek tompek lain, kalau Mentori ni poei agak eh, mau pengsan terus.

Dulu, bukan main lagi dongar, macam-macam operasi ado, tapi sekarang sonyap yo. Tak tau lah pulak, kok tak dilaporkan kek suratkhabar. Kalau masih ado operasi tu, baguslah tapi harus diingat, ambik perhatian jugak pado yang jadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan ni..bahayo, bulih menjahanamkan negaro. Sopit ghaso terkilan boto dgn kenyataan mentori tu, apo selamo ni, tak tau ko rintihan rakyat, tak tau ko kebimbangan rakyat, tak tau ko keadaan sekeliling rakyat dah tak tau ko betapo rakyat begitu mengharap kerajaan ambik tindakan yang menampakkan hasil..tapi apokan dayo..setiap rintihan rakyat ini akan ditepis dengan kenyataan dari pihak atasan yang lain pulak..yang akan menyatakan keadaan ini berlaku akibat musim cuti dan sebagainya lah..hanyo utk menyakinkan pak mentori tadi bahawa limpahan pendatang asing ini tidak berlaku sebonar eh..kito tunggu suratkhabar esok..sapo yg bagi komen nnt..

Bagi kito rakyat biaso ni, kono sentiaso prihatin dengan keadaan sekeliling domi menjago keselamatan diri. Tapi, bagi pak mentori ni, kalau setakat naik keto, turun keto, dalam perjalanan pun tak melalui tompek yang rakyat marhain ni gunokan, usah lah kato, kerajaan memahami rakyat. Ini bukan topik baru, dah bertahun dah, dah banyak kali keluar kek suratkhabar dah...tapi, bilo hari ni baru mentori raso terperanjat..alangkah malangnya ..alangkah sodihnya..kesian sebonar eh kek mentori tu, kesian yang amat..bondo ni tak sepatutnya berlaku..

Keluarlah dari kepompong yang selamat itu wahai pak mentori, usah lah lagi terlalu bergantung harap pado laporan sajo..keluarlah...lihatlah..alamilah..dan nilailah sendiri kepayahan kami rakyat marhain ini.

Sopit bukan ceghito pasal politik kek sini, tak kigho lah siapo kerajaan kito, tapi Sopit hanya meluahkan ghaso terkilan dan menegur mano yang patut. Lopeh ni, macam-macam lah mekanisme yang akan muncul untuk mengatasi masalah ini, tapi seperti biaso, ia akan berlalu, seperti berlalunya musim paneh ini tak lamo laei..Lopeh tu tunggulah musim cuti yang lain pulak..untuk muncul sekali lagi raso terperanjat dan terkojut, dan akan timbul lagi mekanisme yang baru pulak..begitulah rantaian masalah ini..setolah bertahun-tahun, masih bolum dapek diatasi lagi.

Macammana pulak dengan 100,000 warga asing yang hondak dibawak masuk itu? Perlu kah? Harap pihak kerajaan dapek pertimbangkan dengan kewarasan yang amat tinggi, demi kami..rakyat negara ini..

Harap maaf kalau ayat-ayat "cinto" kek ateh ni menyontap perasaan, tapi setiap kebenaran memang menyakitkan..

Tuesday, February 16, 2010

Cuaco Paneh..

Sekarang cuaco paneh tongah melando. Hujan dah lamo tak turun, sungai-sungai dah mulo koring, air di ompangan pun dah mulo susut. Tibo maso eh kito perlu lobih berjimat dalam penggunaan air.

Kesihatan sendiri pun harus dijago. Banyakkan minum air, makan buah yg mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai. Jangan terlalu terdedah kepado cuaco paneh, gunokan payung bilo nak keluar rumah. Kalau bulih kurangkan aktiviti luar.


Monday, February 15, 2010

Aktiviti maso cuti ni...

Gong xi fa cai...bolum terlambek kan?..Cuti panjang..bestkan. Yang pertamo, bilo cuti ni mesti balik kampung..ooo..balik kampung..ooo balik kampung..hati girang..chehhh..macam lah kampung tu jauh bonar...dapeklah ronda kampung naik moto..tgk joram, tapi musim paneh ni air joram dah koring sikit..tapi bulihlah kalau nak mandi..


Aktiviti keduo..dirumah sendiri lah. Maso ni lah sesuai utk kojo lobih sikit. Mano yang tak sapu tu, disapu..mano yang tak mop tu..di mop kan..mano bungo yang setongah mati tu..di pupuk balik supayo hidup..somak kek belakang rumah tu..di tobeh bagi torang...bilo dah torang, hati pun lapangggg...




Friday, February 12, 2010

Hamidi Ceria..Bangi

Ini makan malam maso kek Bangi..ado hal sikit kek situ..namo kodai ni Hamidi Ceria. Terlotak di Bandar Seri Putra Bangi.
Kami order kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur dan ikan kombung goreng podeh. Bulih tahan sodap gak..tapi tomyam dio macam terlobih pes tomyam yo..takut nak makan bebanyak.




Hotel Westin..Bukit Bintang

Ini makan free..kawan opis Sopit naik pangkat..jadi dio belanjo kitorang makan kek Westin ni..kalau bayar sendiri bolum tontu poei punyo lah..






Makan jenis buffet ni bulih buek rambang mato dek eh..yo lah..tengok semuo eh sodap..ghaso macam nak makan semuo..Kali ni Sopit makan lauk yo..nasik ko mee ko..takdo dalam senarai Sopit..







Wednesday, February 10, 2010

City Park Oriental

Ini ceghito makan laei. Kali ni Sopit poei terjah kodai yg baru bukak..dalam sebulan lobih gitu. Kodai "CITY PARK ORIENTAL" terlotak di City Park Seremban 2,NS. Tema kodai ni, Chinese Muslim Food.






Disobabkan pertamo kali poei, Sopit takdo lah order yang susah-susah. Cumo, Kuay Tiaw Goreng medium size (utk makan 2 org) , dan Ice Lemon Tea. Dalam kuay tiaw goreng tu ado udang, sotong & ayam, dimakan bersamo kicap campur lado. Sambil kunyah kuay tiaw tu, kunyah ngan lado sekali..huiii berdosing telingo. Sapo yg tak tahan podeh tu, jgn dikunyah pulak lado tu, kang tak cukup air susah pulak. Setakat makan kuay tiaw yo tak boleh lah nak lotak berapo bintang kan, tak adil plak. Lain kali bilo Sopit poei lagi, mungkin Sopit akan cubo order hidangan yang lain pulak. Untuk hidangan ni, Sopit bayar RM12.80, kuay tiaw medium size tu RM9, Ice lemon tea (2) RM3.80..




Sunday, February 7, 2010

Makan malam..

Ini ceghito hari Jumaat ari tu (05/02/2010).Malam tu Sopit tak tau nak poei makan kek mano, punyo lah ronda kek bandar Seremban tu, mencari pot baik punyo. Round punyo round, mako kan ternampak sebuah gerai dalam samar-samar cahayo lampu jalan tu. Tgk mcm ramai org, ado yg menunggu dalam kereto, ado yg duk berdiri kek topi gerai tu, ado yg dah duduk menunggu kek mejo. Apo laei, Sopit pun join lah mereka tu semuo. Rupo-rupo eh, gerai tu baru nak bukak, patutlah ramai yg menunggu.




"Lambek ko ari ni kak?" Suami Sopit ramah menyapo..

"Ha ahhh..ado budak sorang tu tak datang lak deh ari ni. Tu yang lambek nak bersiap ni ha..selalu eh dio yg datang menyiapkan ni dulu" jawab akak yg tongah sibuk tu.

Namo gerai tu Gerai Pak Ghani, terlotak di persimpangan bomba Jln Rahang. Suami Sopit kato, org bomba ramai yg suko makan kek situ. Memang yo pun nampak eh. Lagi satu, budak-budak mudo pun ramai makan kek situ.


Kami pun mengorderlah nasik goreng kampung tolo mato, teh ais & teh tarik kurang manih. Dalam duk berburak tu tak perasan lak lamo ko tak nak sampai order tu. Raso nasik goreng tu boleh tahan lah..podeh, tu yang buek sodap tu. Tak taulah mungkin dah kebulur agak eh..Lamo gak lah kami melepak kek situ, tgk ragam orang.
Mintak maaf lah..gambar dari handphone..tak berapo nak cantik..


Wednesday, February 3, 2010

Pasal apo suko tak pasang???

Goram..marah..angin..semuo ghaso ado. Apo tak eh, pemandu kenderaan kek Malaysia ni gomar boto tak pasang signal bilo nak tukar lorong, nak masuk simpang, nak keluar simpang,nak menyolit, nak memotong..ikut suko dio yo , tak do langsung nak mikir org kek belakang. Takdo ghaso besalah pun..Sopit agak lah kan, dio mesti boli kenderaan tu murah , sobab mano-mano kenderaan yg tak do signal ni rogo eh murah sikit dari kenderaan yg siap longkap dgn signal tu.
Yolah..mano tak eh..org yg kurang akal yo tak nak guno kan signal pado maso yg sepatut ehh..pado hal eh signal tu ado kek hujung jari yo, bukan kono bangun dari tompek duduk pun, gorakkan jari tu sikit yo..aduiiii..goram boto dibuek eh...Kenkadang tu ghaso mcm nak poei yo koja org tu, lopeh tu nak penyekeh kan sekali..teghajang deh sekali..ishhhh...hampeh boto lah.Kalau lah org lain buek kek dio macam tu..mesti org tu kono maki kek dio..oooooo..dio buek kan org, tak sodar kan diri..bilo kono tang batang hidung sendiri, tau pulak bondo tu salah, elok pulak deh mengatokan org tu bangang..padahal dio pun samo yo bangang ehhh...
Lagi satu, motor yg gomar tak pasang lampu maso malam. Ni lagi satu, akal pendek, dah lah tak pasang lampu, bawak pulak laju-laju, dio main ghodah yo tak pikir org nampak ko tidak dio tu. Sok, bilo kono lontung, org lain yg kono salah kan..kato eh lah kereto tu laju lah, lori tu ganeh lah...padohal eh dio sendiri yg menompah maut. Kalau dio sendiri yg terbungkang dalam longkang ko, tercium batang pokok ko, terjaghap bawah lori ko tak po lah, tak menyusahkan org lain...ini tak, dio yg terjalar, org lain pulak yg kono salah kan..kono penjaro..omak bapak susah hati..kalau toghuih mampuih tak po gak...ini kok patah kaki, patah tangan, patah tongkuk..sapo nak bolo dio tu...tak omak bapak jugak!!! Heiiii...memang takdo akal..

Meh lah kito tgk..gmbr-gmbr yg menonangkan hati ni...


Mesra? Sopan? atau Tidak?

Apo yg Sopit nak tulih ni sebonar eh adolah tontang sikap. Sopit dah terkono banyak kali dah, dikodai makan, di stesen minyak dan dipasaraya. Heran boto lah kalau orang yg berniago tak jago adab sopan dan tak mesra pelanggan.

Situasi pertamo...kek kodai makan..ado ko patut, dah lah kito ni selalu poei kodai dio, dah macam pelanggan totap dah tapi tak do langsung nak hargai pelanggan. Bilo kito masuk kodai dio tu, dio macam endah tak endah yo, lobih baik dio layan sms dari melayan kito, bilo kito dah terlambai-lambai, barulah terhegeh-hegeh deh datang kek mejo kito, tanyo nak makan apo.Bilo time nak bayar pulak..kito ni bayar tu utk duit gaji dio jugakkan..tapi bilo kito bayar tu takdo langsung nak ucap terimo kasih..takdo langsung..dalam mulut tu ado omeh gak eh..takut lak,kang bilo bukak mulut tu, melambak lak omeh tu keluar..nanti curik eh kek orang..Dah lah tak ucap terimo kasih, tak pandang langsung kek kito, macam kito ni barua pulak, poei makan kek kodai dio tu menyusah kan dio..osah tak sodar diri boto. Dulu kodai ni bukak sampai tongah malam, tapi sekarang ni Sopit tgk kodai tu bukak sampai potang yo. Tak tau lah sobab takdo pekojo ko atau pun takdo pelanggan. Tapi, bagi Sopit kalau nak berniago tu jago lah adab..tak luak kalau ucap terimo kasih, malah pelanggan akan lobih sonang ati untuk datang dan dah tontu akan promosi kek orang lain pulak. Menambahkan pendapatan lagi ado.

Situasi keduo..stesen minyak Petronas (KLIA nun)..ini suami Sopit yg kono, abih dibahaso eh budak tu..cerito eh camni, suami Sopit ni nak mengisi minyak RM30, dio hulurlah duit RM50,budak tu dgn suaro brutal eh tanyo "duit kocik takdo ko?"...eh ini bukan boli gulo-gulo 20 sen hulur RM50..tapi nak isi minyak..kek situ beratus keto dtg isi minyak takkan lah takdo duit tukar..ok lah suami Sopit masih sabar lagi..sabar..sabar..Suami sopit cakap lagi.."Pam 2 dik"..budak tu bulih lak jawab.."Pam 2 mana?"..ehhh ini dah lobih ni..suami Sopit pun tunjuk lah..ok lah..budak tu pun bueklah tokan-tokan kek mesin dopan dio tu..peh tu..time nak pulangkan duit baki, dio lotak yo ateh mejo tu..dgn takdo ucap terimo kasih eh..apo laei...jeng..jeng..jengg...suami Sopit yg dari tadi dah memondam raso..melotup lah..."Dik..kau ni kan memang kurang ajar tau tak, kau ingat ni barua ko ni, terimo kasih pun takdo, ini bukan utk orang lain ni doh..utk gaji kau yo ni.."..Sopit yang tunggu dalam kereto pun bulih dongar suaro dio marahkan budak tu..punyo lah kuek dio marah kan budak tu..namo yo kedai mesra..tapi budak tu tak ambik semangat kodai tu..Sopit kato lah agak eh dio gaduh ngan boypren dio tak..tak pun senggugut ko mano tau..lagi panjang lah syarahan suami Sopit tu...angin bona deh ngan budak tu..he..he...

Situasi ketigo..kek Tesco..ni Sopit sendiri yg kono..time bayar tu..patut eh ado baki tapi baki tu ado 5 sen kek blakang..tapi bilo cashier tu pulangkan, takdo pulak 5 sen tu, Sopit pun tanyo lah "5 sen mano?"..budak tu jawab "5 sen takde kak" dengan muko selambo..ehhh..ini bukan cam zaman dulu..bulih burn yo..Sopit pun cakap lah "Eh..mano bulih takdo, 5 sen tu duit tau, ado nilai, laku lagi"..budak tu terkojut deh..dio ingat muko cam budak sekolah cam Sopit ni (chehh perasan lak) bulih diperkotak-katikkan gak eh..cubo kok dio yg kono..Sebonar eh bukan 5 sen tu yg Sopit nak pertahankan bona doh, tapi sikap tu, mano bulih jawab camtu kek customer, kalau takdo kek dio, tanyo lah kek kaunter sebolah tu. Ini tidak selambo dek yo dia jawab cam tu. Mesti org yg beratur belakang Sopit tu kato apo lah budak ni, 5 sen pun nak berkiro. Bukan camtu, jangan kito pandang rondah pado nilai duit tu. Walaupun 5 sen, bulih digunokan untuk bondo lain. Sekarang ni mmg zaman duit. Jimat..walaupun 5 sen..Kito sebagai customer ado hak, jangan biarkan orang lain pijak hak kito tu. Kalau dari awal kito dah berlombut dan bagi ruang utk org pijak hak kito tu, jgn lah kito duk berteriak, melaung memperjuangkan hak padohal kito sendiri yg tak tau hak kito..



alamak..stress pulak tetongahari ni...rehat dulu lah..cool..jom berondammm...