Thursday, February 18, 2010

Kenyataan balas ...isu lambakan pendatang asing

UTUSAN Malaysia: Benarkah berlaku lambakan warga asing yang luar biasa di negara ini?
ABDUL RAHMAN: Sebenarnya bukan begitu. Mereka ini tiba di negara ini kerana keperluan industri yang mahukan mereka seperti sektor perkilangan yang mahukan pekerja atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang mahukan pelajar termasuk pelancong.
UTUSAN Malaysia: Adakah mereka ini pekerja asing tanpa izin (PATI) atau pekerja yang sah?
ABDUL RAHMAN: Mereka ini adalah pekerja yang mempunyai pas sehingga disahkan sebaliknya. Saya jangkakan hanya 10 peratus daripada mereka tinggal melebihi masa. Ini kerana bukan senang mereka nak datang ke negara ini seperti warga Nepal dan India. Mereka perlu naik dua atau tiga kapal terbang. Selain itu mereka perlu melalui penguatkuasaan yang ketat di pintu-pintu masuk, lainlah kalau warga Indonesia, mereka boleh menyelinap masuk di 'jalan-jalan tikus'. ... Utusan Malaysia Online 18/02/2010


Itu adalah petikan temuramah antara pihak UM dengan Ketua Pengarah Imigresen (KPI) Datuk Abdul Rahman Othman.

Kan boto Sopit tulih semalam..pasti ado yang akan menopih..

Patutlah mentori buek tak tau yo pasal hal ni, KPI sendiri dah nafikan ..KPI pandang remeh hal ni. Berdasarkan jawapan dio tu, dio cumo menjangkakan..main-agak-agak yo..10% tu dari berapo? Baik boto hati dio, simpati boto deh dgn warga asing ni.

Memanglah warga asing yang datang tu untuk keperluaan industri tapi adokah pasti yang diorang tu boto-boto kojo ditompek yang sepatutnya. Sopit tertanyo-tanyo gak, bilo sesuatu projek pembinaan tu siap 100%, kemano poei pekojo asing tadi..lopeh tu dizaman ekonomi yg agak lombap ni, ado beberapo kilang yang ditutup, tak kiro lah kilang kocik atau kilang bosar..kemano poei pekojo-pekojo asing diorng tu? Pihak imigresen ni tau ko?

Kek luar sanun tu, selalu kito nampak, warga asing ni duk menjual jam tangan, tali pinggang, spek mato dan berbagai lagi..termasuklah di kampung-kampung pasti ado orang yang datang menjajo barang..itu bolum lagi yang mencetak wang palsu, passport palsu, Mykad palsu, melakukan jenayah , buek maksiat . Gerai-gerai makan pulak, susah boto nak cari gerai makan yg memang orang melayu 100%. Di pasar-pasar, kedai-kedai runcit, restoran-restoran besar, di kaki limo, di tandas-tandas awam, pekojo-pekojo am, kilang-kilang dan issshhh...kalau senaraikan, memang panjang.

Bagaimana pulak nasib pekojo-pekojo kilang yang dibuang atas alasan ekonomi gawat tapi tompek diorang digantikan dengan warga asing?

Bagaimano pulak nasib anak-anak gadis kito yang termakan pujuk rayu warga asing ini untuk lari meninggalkan semuo yang ado dibumi bertuah ini?

Bagaimano pulak nasib mangso-mangso jenayah yang dilakukan oleh wargo asing ini?

Tidakkah dapek pihak imigresen memikirkan keperluaan mereka ini, selain dari keperluan pihak industri, pihak IPT?

Apakah keperluan mereka ini tidak seponting pihak industri dan pihak IPT?

Jadi, bolehkah kito melotakkan pihak imigresen sebagai orang yang bertanggungjawab?

No comments: