Wednesday, February 17, 2010

Lambakan Warga Asing..

PUTRAJAYA 16 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa. ..Utusan Malaysia Online (17/02/2010)

Mentori kito ni baru tau ko, kek negaro ni ado ghamai pendatang asing? Sodih boto lah. Setolah bertahun-tahun rakyat duk komplen kek suratkhabar, kek forum-forum tak kiro lah melalui surat ataupun SMS berkonaan limpahan warga asing ini, mentori kito baru sodar ghupo eh..aduhaiii..Itulah, janganlah terlalu bergantung pado laporan ateh kertas yo, poei lah jongok mano-mano yang patut. Bilo sesekali keluar baghu terbeliak bijik mato tu melihat sekeliling yang ponoh dgn warga asing. Itu baghu kek KL, bolum laei kek tompek lain, kalau Mentori ni poei agak eh, mau pengsan terus.

Dulu, bukan main lagi dongar, macam-macam operasi ado, tapi sekarang sonyap yo. Tak tau lah pulak, kok tak dilaporkan kek suratkhabar. Kalau masih ado operasi tu, baguslah tapi harus diingat, ambik perhatian jugak pado yang jadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan ni..bahayo, bulih menjahanamkan negaro. Sopit ghaso terkilan boto dgn kenyataan mentori tu, apo selamo ni, tak tau ko rintihan rakyat, tak tau ko kebimbangan rakyat, tak tau ko keadaan sekeliling rakyat dah tak tau ko betapo rakyat begitu mengharap kerajaan ambik tindakan yang menampakkan hasil..tapi apokan dayo..setiap rintihan rakyat ini akan ditepis dengan kenyataan dari pihak atasan yang lain pulak..yang akan menyatakan keadaan ini berlaku akibat musim cuti dan sebagainya lah..hanyo utk menyakinkan pak mentori tadi bahawa limpahan pendatang asing ini tidak berlaku sebonar eh..kito tunggu suratkhabar esok..sapo yg bagi komen nnt..

Bagi kito rakyat biaso ni, kono sentiaso prihatin dengan keadaan sekeliling domi menjago keselamatan diri. Tapi, bagi pak mentori ni, kalau setakat naik keto, turun keto, dalam perjalanan pun tak melalui tompek yang rakyat marhain ni gunokan, usah lah kato, kerajaan memahami rakyat. Ini bukan topik baru, dah bertahun dah, dah banyak kali keluar kek suratkhabar dah...tapi, bilo hari ni baru mentori raso terperanjat..alangkah malangnya ..alangkah sodihnya..kesian sebonar eh kek mentori tu, kesian yang amat..bondo ni tak sepatutnya berlaku..

Keluarlah dari kepompong yang selamat itu wahai pak mentori, usah lah lagi terlalu bergantung harap pado laporan sajo..keluarlah...lihatlah..alamilah..dan nilailah sendiri kepayahan kami rakyat marhain ini.

Sopit bukan ceghito pasal politik kek sini, tak kigho lah siapo kerajaan kito, tapi Sopit hanya meluahkan ghaso terkilan dan menegur mano yang patut. Lopeh ni, macam-macam lah mekanisme yang akan muncul untuk mengatasi masalah ini, tapi seperti biaso, ia akan berlalu, seperti berlalunya musim paneh ini tak lamo laei..Lopeh tu tunggulah musim cuti yang lain pulak..untuk muncul sekali lagi raso terperanjat dan terkojut, dan akan timbul lagi mekanisme yang baru pulak..begitulah rantaian masalah ini..setolah bertahun-tahun, masih bolum dapek diatasi lagi.

Macammana pulak dengan 100,000 warga asing yang hondak dibawak masuk itu? Perlu kah? Harap pihak kerajaan dapek pertimbangkan dengan kewarasan yang amat tinggi, demi kami..rakyat negara ini..

Harap maaf kalau ayat-ayat "cinto" kek ateh ni menyontap perasaan, tapi setiap kebenaran memang menyakitkan..

1 comment:

Anonymous said...

sopit.. tulih surat pada PM lo.. sopit tulih kek sini, diorg bukan dtg baca kot..


-kawan sopit